Tuesday, December 28, 2010

Kek Cawan Baldu Merah!



Or better known as Red Velvet Cupcake... heeeee..... :)~

Excited by the red color?

Friday, December 24, 2010

telor kukussssss

telor kukus isi ayam


Dulu nonie pernah buat telor kukus ni.. tp kosong la takde isi.. hehe.. and tawar hebehh.... :p

Ok, ini percubaan dariku... letak isi ayamm.. hopefully sedappp... tak ngap lg ni... jp lg ngapp.. :D

Tuesday, December 21, 2010

Nasi Goreng USA + ayumi high fever

Sebenarnye dah banyak kali masak nasi goreng USA daging ni.. tp baru skang teringat snap gambar hehe... before this lps masak je terus ngapppppp.... bile dh abis.. baru laa.. alaa lupe nk snap gmbar haha!


Simple and delicious!! Nasi Goreng USA daging


Sedap ni wehh hahaha... ok la tu... nk simple and fast dinner kan... :p

hmm... ayumi plak demam panas... dh 2 hari nih... risau pon ado... just bg ubat demam and letak cool fever atas dahi dia.... hopefully she quickly recovered. Poor her!!


cepat sembuh! bole gi jejalan!!

Friday, December 17, 2010

^_^



work during the day



night work



hehe macam superheroes je.... :p

Thursday, December 16, 2010

diet diet!

Salam.

Kali ni nak cerita tentang diet. Berat badan mcm kian menaik je.. tp aritu timbang mcm turun balik... pastu next week mcm naik balik.. apekah ini??? hehehe...

SO far... so far la kan.. i skip my dinner... tp kdg2 tu termkn jugak la.. haha tgk keadaan.. kalau time lunch dh mkn mcm sakan je kan, so time dinner mmg tak mkn la... pastu nasik pon mmg dh kurang mkn... tp tgk mcm sama je ni.. ke aku yg tak perasan ke camne? ntoh...

tp yg penting kesihatan.. tu aje la.. kurus ke tak... kesihatan paling penting..

ah. tak kire. nk diet gk.

:D

@Pavillion, KL.

Tuesday, December 14, 2010

kelam + kabut = kebut!!

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kerja ku ya Allah... Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala rezeki dariMU... namun yaAllah... aku hanyalah hambaMu yg lemah serta serba kekurangan... Engkau kuatkanlah semangatku.. tenangkanlah jiwaku yaAllah.

Agak pening sikit bila ada 2 kerja perlu buat dlm masa yg singkat!... tak terkejar rasanya... namun rezeki susah utk ditolak..... semoga aku dpt tempuhinya dgn tabah.

Amin.

Monday, December 13, 2010

Kenapa Perlu Kahwin?

A friend asked me this question. Kenapa perlu kahwin?

Cincin...pengikat kasih sayang antara dua insan...

* Sudah fitrah manusia

– sudah lumrah alam, wanita dicipta untuk lelaki dan begitu jugak sebaliknya. Perkahwinan pulak suatu penyatuan di antara dua jiwa dan sesuatu yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama. So, bleh dikatakan bahawa perkahwinan tue adalah sesuatu yang wajib di dalam hubungan lelaki dan wanita.

* Kerana agama

– Semua agama di dunia ini menyarankan agar manusia berkahwin dan membina keluarga. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. Dari segi agama, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan wanita.

* Mengembangkan zuriat

– Salah satu sebab penting kenape manusia kawin ialah untuk membina keluarga dengan mengembangkan zuriatnya dengan cara yang halal. Namun, ada gak pasangan yang sudah lama kawin, tapi masih tak dikurniakan rezeki anak. Itu semer kijer Tuhan, dan kita hanya perlu berusaha, bersabar dan banyakkan berdoa.

* Dah sampai jodoh

– Kalau dah ada jodoh tue, lari ke mana pun, akan tetap bertemu jua. Ada orang yang cepat bertemu jodoh dan ada gak yang lambat sket bertemu jodohnya. Tapi, kalu dah sampai seru tue, elokla kawin cepat2 yer..

* Kerana cinta

– Sesetengah orang berkahwin kerna cinta. Atas dasar cinta inilah, seseorang tue mempunyai keinginan untuk hidup semati dengan pilihan hatinya. Kengkadang tue, ada sesetengah orang sampai tak mau kawin langsung jika tak dapat hidup dengan cinta hatinya. So, cinta nie bleh dikatakan antara sebab penting berlakunya perkahwinan di antara 2 insan.

* Mengelakkan fitnah orang ramai

– Dalam masyarakat Melayu khususnya, berdua-duaan di antara lelaki dan wanita yg belum kawin adalah sesuatu yang ditegah oleh agama. Kalu dah ada ikatan perkahwinan yg sah tu, nak buat apa2 pun, takde orang yang akan larang ataupun membuat fitnah, betul tak? So, cepat2 lah kawin… :-p

* Ada teman untuk hidup bersama

– Kehidupan bleh jadi sangat sunyi kalu takde orang untuk berkongsinya. Semua orang perlukan teman hidup. Pergi ke mana2 berdua, cakap2 pun berdua dan kongsi masalah pun berdua. Dan yang bestnya, kalu kita sakit, ada orang yang jaga kita J Perkahwinan mengelakkan seseorang tue daripada hidup bersendirian sampai ke tua.


* Untuk jamin kehidupan yang lebih baik

– “2 is better than 1”, betul tak? – maksudnya kalu dah berkahwin tue, kedua2 suami isteri nie dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Kewangan pun akan bertambah mantap jika kedua laki bini bekerja, jadi kehidupan boleh menjadi lebih baik lagi.


source:http://setelkahwin.com/blog/kenapa-perlu-kahwin/

so, yg mana satu kamu? :)

Sunday, December 12, 2010

Why is she so cuteee?!





Friday, November 26, 2010

Nak cuti2 malaysia!

Tetiba rasa mcm nak gi bercuti!! Tak kiraa ah mana2 pon bole janji rock eh janji cutiii.. still planning nak gi mana eh? Melaka ok tak? i heard about melaka wonderland, tp tak sure dah siap semua or baru separuh je.... kalau lom siap semua mcm tak worth it la nak pergi kan?.... tp mcm menarik jugak tmpt tu...

Nak pergi singapore, hubby ckppp byk benda nak settle kalau nk cuti kt singapore huhu. Nak renew passport plus ayumi punn lom ade passport! woh!!! bila ntah nk buat passport budak ni....

Need a vacation!... *sigh*

Tuesday, November 23, 2010

:(

suddenly feel like not feeling well. fever. hate it. please go far far away!

Monday, November 22, 2010

=)

Life is full of surprises! Something we never thought would happen, can happen! And it has happened to me. The thing that I did not expect. Hehe.


Waterlily Balinese

Saturday, November 20, 2010

Ayumi-chan




My one and only permata hati, makin lama makin membersar! Dah pandai bergaya and memilih baju sendiri.... oh dear, umur baru 3 thn tapi dah petah berkata2.. Sometimes tu masih tidak percaya akan kewujudan Ayumi dalam hidup..hee.. Kalau takde dia.. mmg sunyi hidup ni (mana tak sunyi, buka mata dari tido je terus berkata2!) :-)

Ibu saaaaaaayang sangat kat Ayumi. Ibu doa bila besar nanti Ayumi jadi anak yang baik yea..... hehe.. aminn....

Oh, kalau ibu marah2 tu, tanda ibu syg sgt kat Ayumi. Pandai je kamu memujuk ibu kalau ibu marah kamu yea... budak zaman sekarang.... advance lah!!

Sabtu2 mcm ni.. sungguh bosan duk kat rumah aje.... transport pun takde... kalau tak, bole bawak Ayumi jalan2...

*Sangap*

Friday, November 19, 2010

Yeay!

Walaupun tak menang grand prize, dapat hadiah saguhati pon jadik laaa.... hehe dpt discount rm20 on any cakes purchase in delicious-cuppies.com! ok la tu kan?

Sebenarnya tatau pun kena email cepat2 after got the number... ingatkan sorang je bole dpt nombor tu... huhu.. so bile dh print screen bukti, berangan angan dulu nk pilih prize mana (red velvet cake or voucher worth rm80).... sekali..... org yg first email yg dpt menang hadiah tu.......alahai.. takpe laa... dpt discount rm20 pon jadik la hehe..

SO kite oder la kek... jeng jeng... sekali sekala nk merasa kek org gk kan.. asik kite je buat kek.... :-P

Pick up cake on 2nd dec.... malam plak tu.. huuu.....

Thursday, October 21, 2010

There u go!

Monday, October 18, 2010

it is 2 good 2 be true!!

I won myself RM400 !!! hehehe..... ingatkan just menang rm200... but they double up the prize sbb on that date, i je yg dpt match the number... so they double the money! woohoo!!!... well, rm400 not that big amount, but u just feel lucky when u won something.. hehe.....

JOMM i belanja KFC.... :P

Monday, October 11, 2010

sakit woh!

OMG! Threading amatlah menyakitkan!!!!!..... will be my first n the lastttt.... :P

Wednesday, September 29, 2010

Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Male- Full Version)

Potty

Alhamdulillah! my daughter Ayumi dah LULUS membuang air besar di toilet hehehehe....

Ibu so proud of u sayang!! ;)

Monday, September 20, 2010

Uuh

OMG! So lazy to do anything! Manakah MOOD rajin!!!!! ttiiiiddaaakkkkkkkk!!!!

Friday, September 10, 2010

RAYA!!!

Helo.

Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir dan Batin.

Yey Yey raya sudah!!!!

Tahun ni Beraya di Subang with my family!

and Balik Ipoh jugak petang raya pertama itu.

Yang pasti, Ayumi paling gembire di hari raya! =)

Wednesday, August 25, 2010

it's ok ibu!

aisya : ibu, where are we going?
ibu : we're going to kfc
aisya : ooo...i love kfc!!

Selepas membeli kfc..

ibu : aisya, do you want some kuih?
aisya : yess... i want colourful kuih
ibu : ok, ibu buy some for you ok?
aisya : alright!

Sekali kuih kaler2 yg dia nak takde...

ibu : aauww.. aisya, your kuih finish already
aisya : ooo.. finish dah..
ibu : yeah... sorry aisya...maybe next time yea..
aisya : auuww... it's okay ibuu.. it's okay...

Bila anak aku ckp its ok its ok macam memujuk aku pulak dah hahaha...

Masuk dalam kereta,

ibu : kesiann anak ibu nak kuih, kuih takde yea..
aisya : it's okay ibu, don't be sad.. (sambil usap2 lengan aku)

Hheheheehe..... :')



Thursday, August 19, 2010

He, still

Hey dah seminggu berpuasa, tak sedar kan? So far, aku takde tertinggal lagik.. heee... Best lah kalau dapat puasa penuh tahun ni... =)

Puasa tahun ni macam tahun2 yg sudah jugak... tak banyak bezanya.. cuma raya tahun ni, beraya di subang dulu!! yeehooo hehehe.. ala actually tak kisah pun 1st raya kat mana2 pun.. ipoh pun seronok jugak, dah namanya pun raya kan.. cuma dah 2 thn berturut2 1st raya di ipoh, so... tahun ni nak ubah angin sikit, 1st raya kat subang, tp ptg tu jugak kot balik ipohh.. so 1st raya di subang dan ipoh la kan? haha..

Hm.. semlm ada seseorang tu telah mengimbaukan ku kembali kepada zaman persekolahann.. wohhh... sungguh tragiss.. oh tragis ke? hehe.. byk la terimbau kembali.. ade yg tak berapa nak ingat, dia ingat kan.. semua ex-es aku pun dia bole remindkan.. haha.. lawak la... adakah kau stalker aku time skulah dulu?? hehehehehee... well, bila diimbau kembali macam dah tak percaya dengan apa yang aku ada kini..alhamdulillah walaupun tak sesempurna mana tapi alhamdulillah aku syukur dengan apa yang Dia tentukan.

Bermacam woh kenangan di waktu skulah dulu.

Love especially. Aku tau dia.

Sekeping kad permulaannya.

Heh? Mana ntah kad tu? Rasa tak dibuang.. hahaha...

SMKSU dalam kenangan, always. and will always be.

Tuesday, August 17, 2010

i got my KA!

I dah dapat KA in iceblue!.. oooih bestnyaaaaa!!! tak sabar nak merasmikannyaa!!! =)



=)



=)


=D




















KitchenAid VS Kenwood? Of course KichenAid!! yeh yeh yeh (-_-")

Wednesday, August 11, 2010

Happy Puasa!

Selamat berpuasa kepada semua umat islam! First day of puasa, lepas sahur je, perut sakit woh! memulas semacam! nasib baik tak muntah je.. he he.

But so far, semua ok..still fasting ok!.. haha.. mlm ni mau masakape heh?? haa... nanti la fikir. Skang takleh fikir lagik sbb tak berapa nak lapau lagik :D

So, happy fasting everyone!!!


Jangan ponteng haaa......:P

Saturday, August 07, 2010

taadaa




My wanton noodles. Okayh la.. eatable org kate.. hehe.. first time ok! kena improve lagik nihh... hmmphhhhhh!

Wednesday, August 04, 2010

Wanton Noodles

Saya mengidam nak makan wanton noodle~

Baru nak try buat nihhh

Harap2 menjadik..

Dan sedappppppp

Aminnnnnnnnnnnnnnnnn

hehe

Monday, August 02, 2010

Cu - Ci

Hari sabtu baru ni dengan tidak dirancang pun, saya kena menggantikan tempat duduk seseorang yang tak dapat menduduki tempat duduk tersebut. (huh?) Saya dapat menonton teater musical CUCI 2. Tempat duduk best, boleh napak sebijik2 muka pelakon.

Cuci musical 2, okayh, not bad at all lah.. ketawa tak kering gusi. Tapi ada orang cakap part 1 much more better? Saya tatau la sbb saya tak pergi pun yang part1 punye hehe..
I suka Awie.. watak dia yg lembut.. hahah... rocker lembut yewwww...

enjoy the pix yang di ambil oleh tukang gambar yang tidak bertanggungjawab... hee







Arrghhh... sungguh kilat bersinarrrrr harith iskandar ni.... sampai tak nampak muka... :D



Monday, July 26, 2010

Over budget

Semalam saya ke Ikano. Saya ingat nak pergi makan tengahari aje. Jadi kami gi la makan kat Steamboat. yum yum.. sedap tau. Saya suka mee dia yg ala2 maggie in my cup. Selepas makan kenyang perut, saya pun jalan2 cuci mata. Niat dalam hati memang tak nak beli ape2 pun. Yelah, dah makan steamboat, dah kenyang.. nak beli ape lagik kan..

Tapi.. tiba2... saya termasuk ke dalam kawasan zon merbahaya.. dekat Popular books ada buat promosi buku2.. oh tidak, saya bukannya kaki buku.. tapi ada orang buka booth kat dlm Popular book promotion tuh... Booth ape? Booth orang jual barangan kraf tangan!! TIIDDAAKKKKK..... saya sungguh teruja dan teruja ingin melihat! dan ape lagik... saya pun tergoda dengan demonstrasi yang telah ditunjukkan.. saya tewas!.. saya beli jugak... habis duit saya.. kesian saya.. hee..

Namun, untuk sedapkan hati, saya berkata sendiri, takpe, barang ni barang yg bole digunakan.. bukan membazir... hehe.... tapi.. tapi.. aduu.. cepat laa bank in cek I!! haha!

Sekian.

Thursday, July 22, 2010

Too Tired To Eat!

Pastikan anak anak anda mendapat tidur yang secukupnya sebelum pergi makan.. Kalau tidak.... begini jadi nya... heee....



Masih terdapat makanan lagi di dalam mulut... kesian!


Monday, July 19, 2010

ehem..

Girls, dont go around giving hopes to guys that you don't even hope to be with. It's annoying, and unfair to them. - Hanis Zalikha

Saya suka quote dari cik hanis ni, ehem.


Terima Kasih.

She..


She is my everything, my heart and soul, i love her so much! :')

Friday, July 16, 2010

Siapa lah saya?

Siapa lah saya jika dibandingkan dengan udara yang segar?

Siapa lah saya jika dibandingkan dengan cahaya bulan yang terang?

Siapa lah saya jika dibandingkan dengan bintang berkilauan?

Siapa lah saya jika dibandingkan dengan hutan menghijau?

Siapa lah saya wahai dunia?

Siapa lah saya?

Thursday, July 15, 2010

Virus!

OMG! The flu is killing me!! AARrrrgggHHHH!!! perkara paling dibenci tau! Nak buat kerja pun tak senang. So the rimasssssssss!!!!!!....... cepat lahh baik oii...... :(

Saturday, July 10, 2010

Ayam sumbat brokoli

2 hari lepas saya mencuba resepi baru lah, memandangkan agak bosan memasak benda yang sama jee kan... (goreng ayam, goreng udang, sup sayur, sup ayam...) Soooo kali ni saya buat.. jeng jeng... AYAM SUMBAT BROKOLI.. hahahahaha.... best tak nama resepi??

Macam menarik je kan?? Tapi memang sedap lah! (*sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri*) tapi kalau suami pun dah luluskan, letak cop sirim, maknanya memang berbaloi lahhh buat ayam sumbat ni heehehhe... Tak semesti ayam sumbat brokoli, anda nak sumbat ape2 pun bole je kott... T_T

Ape2 pun janji sedap dan halallllllllll....... :)







Oh yang penting, mesti ade cheese kat dalam tu... wajib! heavennye :') okay okay cakaplah I perasan :P

Wednesday, July 07, 2010

Genting Day 2

Okay, sekarang baru senang nak update for the 2nd day kat Genting. Hopefully boleh ingat lagi ape yang nak ditulis, maklum lah selalu sangat lah pelupa! 2nd day kitorang just spent indoor park.

Bangun pagi pagi, jom breakfast dulu! Giler ramai orang makan free pagi2, macam rupa org tak pernah makan pon ade..

My fav ride of the day! Banyak kali naik benda pusing2 nih!!

I go round and round under this tall tower...hee

My all time fav! :D

Indoor pun ade ferris wheel, tapi ferris wheel ni best sebab ferris wheel ni lajuuuuuu...

Okay, I naik deer. Deer ni best sebab dia boleh terbang!

Cuba teka I naik ape ngan Ibu? :D

I'm on the London Bridge! Red colour somemoore

Kinda cloudy today and cold too..

Maka, saya nak tido dulu... cuaca sejukk okay... sesuai untuk tido sambil naik gondola boat nihh.. heee

Bila nak bangun, saya main laggiiii.... choo chooo!

Kemudian saya begitu teruja nak masuk snowland!!! Tapi bila saya masuk, saya tak tahan dengan tahap kesejukannye!! Sampai merah2 hidung saya... tapi saya cuba gagahkan juga bermain snowball bersama ayah.. Oh dlm snowland tak boleh bawak kamera, jadi tak dpt nak letak kat sini, hanya jurukamera mereka sahaja yg boleh ambil gambar kami. Jadi terpaksalah kami beli gambar kami dgn harga RM30!!!! Tapi ibu cakap ibu nampak ade org curik2 amik gambar dalam tu... he eh...

Okayyy, ini my last ride dah before balik.. main puas2 yg ni, sbb yg ni memang best, I sukeeeeee sgt! :P


The End ;)

Monday, July 05, 2010

O yey GENTING!

1st day

Sampai je genting, MAKKK!!!! ramai gile orang! I rasa genting ni every weekend je mesti penuh orang.. GILERR ah! Next time need to arrive here very early in the morning! VERY VERY EARLYYYY.....

We checked in around 12pm @ First World Hotel. 3stars Hotel, so what to expect kan.. hehe..

Makan KFC dulu sebelum pergi Funfair! hehehe

OH! my room is so small and cozy :P

But I love it anyway! Thanks daddy! :)

Ayah tak berani nak cuba yang ini, so just take picture aje lah :P

Oh Oh my turn my turn!!!

Yeayyyy my first ride of the day!!! Flying Jumbo!

My 2nd ride, ASTRO Fighter!...Ayah, fasten my seatbelt pls!

Whhheeeeee, I'm flying!!

Now it's pony timeee.... hehe... Double Deck Carousel


Let's go inside Beryl's Chocolate Wonderland!

UUuuuuu.....I like chocolate!

Look ibu, the chocolate is falling down.. :D

With Ayah in chocolate land

Later we go into the dinasourland ye ayahh

But before we go to dinosaurland, here comes the ferris wheel!(matahari)

Sambil2 beratur nak naik ferris wheel, makan aiskrim dulu lah!

Now I'm top of the ferris wheel! Sejuk giles!

Main benda pusing2 ni dulu!

NOW we're about to enter the dinosaur land!!

I'm so scared! hehehe

Jambatan gantung


Rest la jap, snap snap dulu

Budak ni takleh nak rest, lari sana sini!

Ada kenangan ketika menaiki monorail ini, beratur panjang giles!!

Ololololo... comei tak I? heeee


Peaceeeeeeeeeeee

This antique car is rawks!

See... I can drive this car... :D

I really love this antique car!

Ok dah dah... i need my beauty sleep now!... i still have one more day tomorrow!!



End of Day 1