Friday, May 30, 2008

Oh Ayumi

Kalau nak cakap tentang anak.. memang la berjela jela jadiknya. Ayumi sekarang dah nak masuk 13 bulan. Dah besar tapi takmau berjalan lagik.. Dia dah bole jalan tapi setakat 2-3 langkah, pastu dia merangkak balik.. tak pun dia berjalan guna lutut dia.. heheh.. macam macam lah anak ibu sorang ni.. Agaknya dia rasa lambat berjalan guna kaki.. baik aku jalan guna lutut.. :D Jalan guna lutut tu macam jalan guna kaki je.. takpe lah asalkan dia bahagia.. Biar dia lambat berjalan pun takpe.. bole letak dia kat stroller bila gi shopping mall.. takde nak bekejar kejar kalau dia dah reti berjalan.. mesti nak berlari je manjang..teringat kat Izzah masa bawak dia gi Mall.. taknak duk stroller, nak berlari lari je.. jenuh nak mengikut dia.. heheheh...

Ayumi dah pandai minum guna straw.. heheh.. dah pandai sebut 'duck' bila nampak duck. Dah tau bila bunyi azan.. dah reti bila dengar bunyi airplane.. dah tau menari bila dengar muzik.. paling dia tau.. bila dia nampak mickey mouse! punye la excited! Oh pastu dah tau bukak tutup TV! saba je laa.. kadang2 tgk syok tgk tv, dia gi tutup! isk isk isk.. Lagik satu dah pandai pegang stereng kereta.. bila pegang je.. dia buat bunyi.. vroomm vroomm(dgn pelat dia la).. pastu kalau bab turun naik tangga tu.. memang laa hari2 dah praktik kat rumah tokma dia ni..

Itu lah ayumi.. kalau nak cerita mmg tak habis ni. sbb hari2 duk ngadap dia.. alhamdulillah syukur yang teramat sangat ada dia dalam hidup kami. :)

'thaaa teennn daaaa' (ayat kegemaran ayumi) :D

Ayumi suka naik mainan gerak2 nih.. :D

Wednesday, May 28, 2008

Saya kembali!

Hello, terasa macam nak berblogging plak.. haha.. dah berkurun lama la tak tulis kat blog ni.. ayumi dah setahun dah.. so insyaAllah boleh la saya nak membebel kat sini kerap sikit.. dulu macam susah sangat nak berblog sebab ayumi kecil and dia nak full attention pulak.. sekarang pun sama je la.. cuma bila dia tengok mickey mouse dia dah tak kisah kat ibu dia ni.. hehehe... kecik2 dah pandai tengok katun.. saba je la.. anyway, kehidupan mcm biasa.. lebih mencabar sebenarnya.. banyak yang perlu dilalui dengan penuh rintangan onak duri paku serpih.. heee...

banyak perkara yang dah berlaku.. oh tak lama lagi saya dah nak berpindah!! yeayyy...! punyeee la lama nak berpindah ni.. saba je la.. rumah baru dah siap.. dah cuci bersih, tinggal nak masuk barang je ni.. insyaAllah...

nanti saya type la lagik.. :D


Ayumi baru bangun tido