Saturday, July 31, 2004

SHOPPING DI MID VALLEY!


Dengan KAKAK IPAR ku... OPSSss... KAKAK IPAR FITRI laa... shopping last minute!! esok nak party baru nak carik baju ye kak ziana?? Anyway, kak ziana mmg best! belanja lunch lagi.. :D Posted by Hello

Friday, July 30, 2004

NASI AYAM FITRI!!


Dinner dengan Fitri di Sri Nanding. Makan nasi ayam kat gerai ayah dia. SEDAPPPPPP!.. rojak tauhu goreng pon sedappp... FITRI lagik sedap!... ha ha ha ha, akhirnya kami disatukan! huhu :P
 Posted by Hello

Thursday, July 29, 2004

JUST GRADUATED!


LAWA TAK CAKE AKU?? ;p Posted by Hello

Wednesday, July 21, 2004

KU IMPIKAN!

Apa yang ku impikan!

KUIMPIKAN - MILIN


semalam kau hadir dlm mimpiku
dgn senyuman mu yg menawan
hatiku tertawan padamu
tak daya ku nak melawanmu


setiap kali kau merenung padaku
hatiku bagaikan di gamit rindu
kerana wajahmu
selalu memburuku
terlalu memikirkan dirimu


akuuu sering membayangkan
kita beradu asmara
dipersisiran pantai kita berlarian
berkasih sayang
di bawah gerlipan neon malam


inginkuu membelai dirimu
dgn sepenuh hati
bercumbu rayu bersamamu
walaupun setiap hari
terasa dunia ini milik kita
hanya kita berdua
semoga mimpi jadi nyata


oooohh... ohhhh....


datanglah kepadakuuuu
akuu sering membayangkan
kitaa bermadu asmara ooohhh
dipersisiran pantai kita berlarian
berkasih sayang di bawah gerlipan neon malammm


inginkuu membelai dirimu
dengan sepenuh hati
bercumbu rayu bersamamu
walaupun setiap hariii
terasa dunia ini milik kita
hanya kita berdua..
semoga mimpi jadi nyata...


inginkuuu membelai dirimuuu
dengan sepenuh hatiiii
bercumbu rayu bersamamu
walaupun setiap hariii
terasa dunia ini milik kita
hanya kita berdua
semoga mimpi jadi nyataaaaaa 2x

Monday, July 19, 2004

Cerificate!

The University of Blogging

Presents to
nor hasniza md nor

An Honorary
Bachelor of
Whingeing

Majoring in
Attention Seeking
Signed
Dr. GoQuiz.com
®

Username:


Blogging Degree
From Go-Quiz.com


Monday, July 12, 2004

ON THE PHONE WITH FITRI!!

Best giler la hari ni! hahahaa.. 1st dapat chat dengan Fitri AF dalam groups FFC ptg tadik pukul 3-5 petang. Lepas tu... heh heh... Kringg Kringgg.. panggilan misteri muncul!!..


kakshida: Hello, Jaja, ni Fitri nak cakap
jaja: Haaaaa... alamakk!!
FITRI: Hello, Jaja yer
jaja: haa ah.. Fitri!!
FITRI: yea, ni Fitri ni, hello.. hello.. dengar tak
(line phone terputus2)..
jaja: dengarrr... Fitriiii..
FITRI: haa.. cakap laa
jaja: fitri apa khabar?
FITRI: Ok.. hello hello..
(line phone putus2)
jaja: hello fitriii!! Fitri dengar takkk?
FITRI: Dengar dengarr..
jaja: Fitri bunyi macam penatt jer..?
FITRI: eh takk.. fitri OK..
FITRI: jaja kat mana ni?
jaja: kat rumahh laa..
FITRI: kat mana?
jaja: subang jaya..
FITRI: oOooo..
jaja: hehehe.. alamak... nak cakap ape yehh... jaja minat gilerrr kat fitrii
FITRI: ye ker? terima kasih sebab vote for Fitri sampai terkeluar.. ha ha!
jaja: alaaa... jaja sedih sangat fitri keluarr.. my mom pun sedih gilerr
FITRI: ye ker? dia tau ker call ni?
jaja: tak tau.. kalau dia tau sure happyyy
FITRI: ye ker? he he he
jaja: nak cakap ngan mak tak?
FITRI: haa.. boleh juga..


pass on to my mom... bla bla bla..


hahahaha... satu pengalaman yg tak dapat dilupakan!
terima kasihh dekat kak shidahhh sebab merealisasikan impian JAJA selama ni, walaupun sekejapp... tapi sungguh bermakna!!! :)
muah muah muah muah!!
VOTE FITRI FOREVER!!

Wednesday, July 07, 2004

BERITA HARIAN



Fitri teruskan kerjaya menyanyi
Oleh Khairull Azleyana Ishak


MOHD Fitri Zainal Abidin, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Fitri, akur dengan pemilihan peminat Akademi Fantasia 2. Biarpun seluruh usahanya dilakukan demi persembahan yang terbaik bagi memancing pengundi, namun nasib tetap tidak menyebelahinya.


Saya sudah buat yang terbaik. Walaupun ketika persembahan, rambut palsu afro yang saya pakai tertanggal, namun saya tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik, itulah kekesalan yang tidak dapat dibendung pereka muda ini.


Namun, ketika nama Zahid diumumkan Aznil sebagai pelajar yang terkeluar pada minggu lalu, saya sendiri terperanjat. Ini kerana Zahid memang sangat menyerlah pada malam itu. Memang tidak patut jika dia yang terkeluar.


Sepanjang empat minggu menjayakan konsert AF2, lagu yang paling sukar buat saya adalah ketika membawakan lagu Jerat nyanyian asal Harvey Malaiholo, kata Fitri yang perkara pertama yang dilakukannya sebaik saja terkeluar minggu lalu ialah mendapatkan telefon bimbitnya.


Dua hari kembali ke dunia biasanya Fitri berkata, setakat ini tidak banyak perubahan yang ketara dalam hidupnya. Tetapi memang tidak dinafikan dia tetap menjadi tumpuan ke mana saja dia pergi.


Saya masih designer di butik saya. Malah saya tidak terfikir langsung hendak menaikkan harga tempahan disebabkan saya finalis AF2. Bagaimanapun saya tetap mahu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, kata Fitri yang sebenarnya masih tidak percaya niat menemani rakannya untuk menyertai uji bakat AF2 menukar corak hidupnya.


Namun saya tetap mahu mengimbangi kedua-duanya. Saya tetap menyintai bidang rekaan fesyen kerana ia adalah dunia sebenar saya. Bidang nyanyian satu bidang baru dan ia sangat menarik. Namun saya tahu banyak yang saya perlu perbaiki. Vokal saya masih perlu digilap hingga mencapai tahap yang terbaik, ujar Fitri.


Bercerita pengalamannya di Akademi, Fitri terdiam seketika. Seakan mengimbas semula kenangan manis bersama 11 rakannya jelas Fitri memberitahu dia begitu merindui mereka, guru dan kelas yang disediakan.


Kelas lakonan adalah kelas yang paling sayang nak tinggalkan. Begitu juga dengan kelas Cikgu Siti Hajar, katanya yang menyifatkan Siti Hajar adalah insan yang paling banyak membantunya.


Ketika uji bakat saya terlupa lirik lagu tetapi dia membantu dengan menyanyi bersama saya. Malah pada konsert minggu lalu, selepas persembahan saya, Cikgu Siti memberikan isyarat bagus kepada peningkatan vokal saya, katanya.


Ketika bersalam dengan Cikgu Siti sebelum keluar dewan, dia memang nampak sedih sangat, tapi apa boleh buat, perjuangan saya cuma sampai minggu keempat saja, katanya.


Walaupun terkeluar, Fitri yakin konsert AF2 akan tetap meriah dengan sambutan jutaan penyokong mereka. Malah dia dan Edlin akan tetap menghadiri konsert dan menyokong rakan yang terus mara meneruskan cabaran dan perjuangan.


Ramalan untuk Top Five? Em... siapa yek? Entahlah tapi sepanjang empat minggu saya bersama mereka, apa yang boleh saya katakan, lima finalis akhir AF2 mungkin milik Zarina, Mas, Zahid, Kaer dan Linda, katanya yang akan kembali bekerja di butiknya secepat mungkin. Posted by Hello

RAIN RAIN GO AWAY

Perasan tak sejak dua menjak di asyik hujan ajer? Tiap tiap malam mesti sejuk gila sampai malas nak bangun sembahyang subuh. Kadang-kadang tu dah bangun pastu tertido balik siap mimpi dah sembahyang subuh.. Kuat betul setan setan ni. Tapi memang seronok bila hujan turun. Sejuk je mata ni. Tapi tak best gak hujan turun. Takde aktiviti luar la petang-petang ni. Apa yang aku merepek ni? ish ish.. nampak sangat takde kerja.


Oh, hari ni hari jadi kawan yang amat baik. Nazuraida namanya. Kesian dia, nak sambut hari jadi pun kussss semangat agaknya. Dia tak sihat. Anyway, Happy 23rd Birthday EDA!!! Aku sayangggggggggggggggggggggg ko ok.. ehehehehehe.. :p

Sunday, July 04, 2004

GOOD LUCK FITRI!


FITRI tetap cool dan relax, masih mampu mengukirkan senyuman. GOOD LUCK FITRI!  Posted by Hello

KONSERT KEEMPAT AF


KONSERT KEEMPAT AF. Konsert yang terakhir bagi Fitri. Agak mengecewakan kerana bagai saya persembahan Fitri pada malam tersebut lebih baik dan ada peningkatan daripada malam malam sebelumnya. gaya 'saturday night fever' sungguh mencuit hati penonton. Showmanship-nya superb! Walaupun diganggu dengan wig-afro nya, beliau tetap cool. Keputusan sudah dibuat dan saya terpaksa menerima kenyataan bahawa pada minggu minggu akan datang tiada Fitri di AF lagi. Maka tiada lagi AFUNDI. Kali ni saya akui yang saya telah banyak menghabiskan kredit saya untuk meng-AFUNDI Fitri pada malam tersebut. Tak sangka sangka malam yang saya AFUNDI la pula dia terkeluar. Namun, saya cukup berbangga dengan personaliti Fitri yang tidak terlalu beremosi ketika diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Mungkin dia sudah bersedia dari segi mental dan emosi. namanya diumumkan oleh Zahid yang pada mulanya nama Zahid yang diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir oleh mulut Aznil. Aznil pula tiba tiba menyatakan berlakunya kesilapan bahawa bukan zahid yang tersingkir tetapi Fitri. Meraung saya tengok si Zahid. Seditkit sebanyak Aznil telah memainkan perasaan Zahid dan terutamanya Fitri. Walaubagaimanapun Fitri tetap dihati. :)  Posted by Hello

Saturday, July 03, 2004

HEARTBROKEN

Aku sudah tak lalu nak makan, tak lena nak tido. Sob SOb!. FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! FITRI! huhuhu :( GOODBYE FITRI!

Thursday, July 01, 2004

BERHENTI BERHARAP

aku tak percaya lagi
dengan apa yang kau beri
aku terdampar di sini
tersudut menunggu mati


aku tak percaya lagi
akan guna matahari
yang dulu mampu terangi
sudut gelap hati ini


aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat


kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan


aku pulang.. tanpa dendam..
ku terima.. kekalahanku..
aku pulang.. tanpa dendam..
ku salutkan kemenanganmu..


kau ajarkan aku bahagia
kau ajarkan aku derita
kau tunjukkan aku bahagia
kau tunjukkan aku derita
kau berikan aku bahagia
kau berikan aku derita


aku pulang..
tanpa dendam..
ku terima..
kekalahanku..


kebahkan tangguhmu
lepaskan perlahan
kau akan mengerti semua


aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta ku dapat


p/s: this is one of my current fav song. It means a lot to me. It's not that i'm going to die! but i like the lyrics. Really meaningful.. TO ME. i hate tears in my eyes! dem.

It's already JULYYYYYYYYYYY?????

ok it's JULY. Things to remember:

1. 7/7 : eda's birthday
2. 22/7 : nuha's birthday shared with dyana
3. 26-28/7 : wilton sugarcraft courses

and not to forget : 4/7, AF concert-->!live! :P