Sunday, July 04, 2004

KONSERT KEEMPAT AF


KONSERT KEEMPAT AF. Konsert yang terakhir bagi Fitri. Agak mengecewakan kerana bagai saya persembahan Fitri pada malam tersebut lebih baik dan ada peningkatan daripada malam malam sebelumnya. gaya 'saturday night fever' sungguh mencuit hati penonton. Showmanship-nya superb! Walaupun diganggu dengan wig-afro nya, beliau tetap cool. Keputusan sudah dibuat dan saya terpaksa menerima kenyataan bahawa pada minggu minggu akan datang tiada Fitri di AF lagi. Maka tiada lagi AFUNDI. Kali ni saya akui yang saya telah banyak menghabiskan kredit saya untuk meng-AFUNDI Fitri pada malam tersebut. Tak sangka sangka malam yang saya AFUNDI la pula dia terkeluar. Namun, saya cukup berbangga dengan personaliti Fitri yang tidak terlalu beremosi ketika diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Mungkin dia sudah bersedia dari segi mental dan emosi. namanya diumumkan oleh Zahid yang pada mulanya nama Zahid yang diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir oleh mulut Aznil. Aznil pula tiba tiba menyatakan berlakunya kesilapan bahawa bukan zahid yang tersingkir tetapi Fitri. Meraung saya tengok si Zahid. Seditkit sebanyak Aznil telah memainkan perasaan Zahid dan terutamanya Fitri. Walaubagaimanapun Fitri tetap dihati. :)  Posted by Hello

No comments: