Monday, June 21, 2010

Suatu Keajaiban!

Seperti yang telah di sebut pada entry yg lepas, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini... haaa... pernah tak korang tahu bahawa anak perempuan saya sudah berumur 3 tahun?? Kalau tak tahu, ini nak bagitahu lah ni... =)

Mungkin juga kamu semua tidak tahu bahawa selama 3 tahun jugak lahhh saya menyusu badan anak perempuan saya tuu... (WHATTTT?????) heheheh.....


*MALUUU*


Dah banyak petua dah saya ikut nak bagi si kecil ni lepas susu badan.. semuanya tak berjaya ok!... Orang cakap letak bawang putih, saya dah sapu, dia siap boleh cakap "ibuu... pedas la, go and wash first!" :')

Tapi, pada pengalaman dan pengamatan seorang ibu lah kan... lantak la dia nak menyusu selama mana pun.. itukan rezeki dari Allah. Bukan semua ibu ada kelebihan untuk menyusu anak sehingga berumur sedemikian rupa kan? Jadi saya bersyukur yang amat...

Namun, penyusuan badan ni pun kena ada hadnya jugak lah... dah 3 tahun beb!! malu laa weihhh.. hahahaha... sang ibu lah yg malu... anak dah tinggi panjang, masih menyusu!? Kadang2 tu saya ajak je anak saya masuk bilik kalau dia nak menyusu...

Yang ajaibnya, saya tahu yang dia juga tahu malu! Kadang2 dia sendiri yang ajak saya masuk bilik sebab nak menyusu!.. heh... *tau kau malu ngan org* Mana taknya, setiap kali menyusukan dia, saya akan cakap "eee... malu laa dah big girl hisap etek lagik... eee... malu malu!!* Saya rasa dia faham.. heh

Dan memang dia faham!!! Sekarang dah hampir seminggu anak perempuan ku tidak menyusu lagik!!.. Alhamdullilah... dengan berkat doa dan kesabaran... akhirnyaaaaa... I'm SO PROUD of you AYUMI! heheheh :D


*I'M A BIG GIRL NOW!*


So kepada ibu ibu di luar sana, jika anak anda masih menyusu walaupun dah mencecah umur 3 tahun, jangan khuatir, anak anda akan berhenti juga dengan sendirinya... insyaAllah, banyak banyakkan berdoa dan banyak2kan membebel pada anak anda... hehehe...


*3 tahun menyusu anak, bila dia dah berhenti, terasa sesuatu pulak... terasa kehilangan... :')

No comments: