Monday, June 14, 2004

KONSERT PERTAMA AF


Konsert pertama AF. Secara keseluruhannya OK dan agak menghiburkan. Tapi hampa sedikit bila tiba giliran Fitri. Mungkin saya terlalu menaruh harapan yang cukup tinggi padanya agar memberikan satu persembahan yang terbaik. Saya suka padanya kerana personalitinya yang bersahaja dan tidak terlalu beremosi. Tidak dinafikan wajahnya yang kacak dapat memancing penonton untuk terus melekat depan tv! he hehe.. Namun begitu, lagu JERAT yang disampaikan pada Sabtu lepas cukup menghampakan! Tak tahu la kenapa, mungkin Fitri gemuruh kerana memang nampak diriak wajahnya yang sedikit gementar. Mungkin juga Fitri tidak dapat menghayati lagu tersebut dengan baik atau mungkin dia tidak berbakat?? Masih terlalu awal lagi untuk menilai seseorang dengan hanya menonton satu konsert. Namun bagi saya, AF adalah satu akademi untuk mengasah bakat seseorang yang ada suara tapi masih perlu terus diperbaiki. Kalau dah berbakat, tak perlu la masuk AF. Lebih baik terus hasilkan album! Itu hanya pandangan peribadi saya. Bukan nak backing sesiapa OK. Lagu baru dari Fitri untuk minggu ini, Kasih Latifah nyanyian SPIDER. Agak mencabar sebab lagu ini agak pantas dan ada unsur rock. Saya dapat rasakan Fitri akan menghampakan saya lagi pada minggu ini. Walaubagaimanapun saya tetap akan menyokong Fitri!! AFUNDI FITRI!! Posted by Hello

No comments: