Sunday, June 27, 2004

KONSERT KETIGA AF


Konsert ketiga AF. Sungguh menakjubkan! Sungguh berbeza apabila berada di dalam dewan jika dibandingkan dengan menonton di hadapan televisyen. Memang mengagumkan! Fitri, Fitri, Fitri.. walaupun saya memang meminati beliau namun, saya sudah tidak menaruh harapan yang tinggi lagi terhadap beliau. Biarlah sekadar menjadi penonton yang pasif. Menonton, berhibur dan mendengar sahaja. Tiada Afundi untuk beliau pada malam konsert tersebut. Saya juga pasti ramai fanatik Fitri akan terus meng-afundi beliau. Persembahan yang sederhana dan boleh dikatakan persembahan yang 'biasa' sahaja. Vokalnya bagi saya ada kelainan sedikit berbanding minggu-minggu yang lepas. Mungkin juga kesan bunyi 'live' di dewan agak berbeza di tv. Bunyinya macam semua lagu pun sedap didengar. he he he. saya jangkakan Fitri yang akan tersingkir pada minggu ini. Nasib menyebelahi Fitri agaknya. Para pengkritik juga memberikan komen yang biasa-biasa aja. Macam Zamani? saya tidak nampak pun imej Zamani pada Fitri. Mungkin kerana dia telah me-rebonding-kan rambutnya pada malam tersebut. Memang tampak lain muka Fitri. Sungguh ayu. :P hehe. Semoga Fitri akan terus meningkatkan lagi pengawalan vokal beliau. Namun, pada malam tersebut saya cukup terpegun sekali dengan persembahan Zarina. Lagu my immortal yang sememangnya lagu kegemaran saya telah disampaikan dengan begitu baik sekali daripada zarina. Nasib baik saya mampu mengawal emosi saya ketika di dewan. hehe. Pengawalan vokal Zarina cukup mempesonakan setiap penonton di dewan. Saya cukup berharap Zarina akan terus di akademi hingga ke final. Saya ada mengambil sedikit gambar ketika di dewan. Itupun di akhir konsert sebab ketika konsert dijalankan kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Jadi, blur la sikit sebab nak cepat.. isk isk.. gamba boleh dilihat di http://nieza81.fotopages.com  Posted by Hello

No comments: