Tuesday, June 22, 2004

KONSERT KEDUA AF


Konsert kedua AF. Fitri menyampaikan lagu Kasih Latifah yang dipopularkan oleh kumpulan Spider. Secara umumnya nyanyian Fitri agak hambar. Namun prestasinya boleh dikatakan lebih baik dari minggu lepas. Di akhir persembahannya dia agak termengah-mengah. Mungkin kerana terlalu fokus kepada tarian rock 'n' roll dan head banging nya. Kudsia suruh Fitri belajar cara head banging yang betul? Apa punya komen la tu? Jika difikirkan balik, Kudsia tak patut jadi pengkritik. Apa kelebihan dia untuk jadi pengkritik? Dia bukan komposer. Dia bukan penyanyi dan dia bukannya guru muzik atau guru vokal? Harap tahun depan Kudsia tidak lagi menjadi pengkritik tetap. Jangan hanya kerana Kudsia orang besar radio ERA maka pihak ASTRO terpaksa mengambil beliau sebagai pengkritik tetap. Lagipun rata-rata peminat AF dah muak dengan komen-komen dari Kudsia yang tidak membina langsung. Berbalik kepada Fitri, minggu ke-2 semua pelajar masih selamat kerana minggu ke-2 masih lagi tiada penyingkiran berlaku. Minggu ke-3 mereka diberi tugasan baru. Fitri mendapat lagu 'Ku Petik Bintang-Bintang' yang dipopularkan oleh Kenny, Remy & Martin. Terlihat wajah yang blur di raut wajah Fitri apabila mendapat tugasan baru. Saya sendiri tidak pernah dengar lagu tersebut. Boleh ke Fitri bawa lagu tersebut dengan baik? Lagu ini berentak perlahan... jangan terjadi macam lagu Jerat pada konsert pertama sudah lah.. Walaupun ditakdirkan Fitri terkeluar pada minggu ke-3, beliau tetap laku juga. Jom la reramai kita serbu butik dia di Maju Junction - Zar Jentayu. hehehe. Rezeki dia mungkin melimpah ruah selepas ini. AFUNDI FITRI. Posted by Hello

No comments: