Saturday, November 06, 2004

BILA NAK KAHWIN?

"Jaja bila nak ada anak sendiri?"

"Jaja bila nak kahwin?"


Mama ada tanya, nak ke kalau mama carikan? Aku ada gak berseloroh.. "mama la carikan bakal suami jaja nanti".. tapi bila mama cakap dah ada calon nak diperkenalkan.. rasa macam berat pula hati ni. Padahal tak salah kalau nak berkawan dahulu. Tak semestinya bila dah ada calon tu, terus aje kahwin. Kalau rasa tak sesuai, kekal sebagai kawan biasa aje lah kan? Perasaan serba salah mungkin ke kerana aku tak bersedia? atau mungkin sebab terlalu banyak sangat dikecewakan? Tapi ini lah kali pertama aku akan/mungkin berkenalan dengan lelaki yang dipilih oleh orang tua. Mungkin ada berkatnya. Siapa tahu? Mama cakap orangnya baik. Baik macam mana aku pun tak tahu lah.. tapi dari gaya cerita mama, macam alim alim jer. Huhu. Orangnya lulusan luar negeri, dah bekerja sebagai 'engineer', berkulit putih, raut wajah seperti orang cina dan kurus serta tinggi jugak. Kalau dibayang-bayangkan macam OK. Tapi rupa paras tidak menjadi ukuran dalam hal cari jodoh ni. Asalkan sedap mata memandang, pun dah bersyukur. Yang penting, keluarga bahagia dan kekal ke akhir hayat. Tapi bersedia ke aku ni? Selalunya orang yg suruh ibunya cari kan calon untuknya, jenis yang nak berkenalan kejap-kejap dan terus kahwin. Hehe. Seram gak ek. Kadang-kadang rasa pelik pula bila orang tua kita sendiri yang bising-bising risau anak dara dia yang sorang ni masih tiada 'special bf'. Takut jadi anak dara tua la kot. Tapi bagi aku, kahwin awal memang ada baik dan buruknya. Yang baik, kita dah rasa selamat sebab dah ada orang jaga kita.. setengah orang tak suka kahwin awal sebab rasa macam masih tak puas hidup bujang, rasa macam banyak benda lagi yang kita belum buat masa membujang. Sebab kalau dah kahwin, komitmen kita dah berbeza. Bagi aku, aku hadkan umur 25 tahun paling lewat untuk diri aku. Kalau terlajak pun 26 tahun la. Tapi aku dah tak larat nak cari calon sendiri. Serik ada, takut ada, tak yakin ada, malas pon ada. ;p Hanya berserah pada takdir dan kalau nak usaha pun, sekadar usaha saje, tak mahu menaruh harapan yang tinggi macam dulu. Takut kecewa 'frust' menonggeng lagik!.

"Asraf macam mana? ada contact lagi ke?", mama.

"Ade... kadang-kadang", jaja.

Raya nanti sah sah bising kat kampung! Sibuk nak cari calon yang sesuai. Takut gak kalau jadi dibawa berjumpa dengan keluarga si engineer tu. ADUH!
PENING PENING ;p

"Kalau ngan idzwan tak nak ke? kalau nak, papa gi masuk minang dier", papa.

"Ape nihhhhh... dia ade gf lahh!", jaja.

"Yunus, yunus? tak nak?", papa.

"HAHAHAHAHAHAHAHA.. TAK NAK!!.. KAKI ROKOK!", jaja.

Gile ape nak kahwin ngan yunus? hahahahahahaha... sorry ek yunus. Jangan amik ati ;p

No comments: