Thursday, February 26, 2004

tandas oh tandas

Ini sedikit info untuk kawan-kawan semua (khas buat mereka yg suka guna tandas duduk)... ada member yg forward 3 perempuan di KL maut setelah dimasukan ke Hospital dlm tempuh 5 hari dengan tanda2 yg sama - demam, kesujukan & muntah2 diikuti dengan kekejangan otot, lumpuh dan seterusnya kematian. Tidak ada tanda2 trauma. Otopsi menampakan toksid dlm darah mereka.


Perempuan ini tidak mengenali antara 1 sama lain & tak pula ada persamaan. Telah didapati yg depa semua mengunjungi restoran yg sama di Jln Kuchai Lama beberapa hari sebelum kematian. Jabatan Kesihatan telah menutup & menyiasat premis tersebut. Makanan, air dan penghawa dingin telah diperiksa dan diuji tetapi tak ada apa kesan.


Mujurlah seorang dari pelayan restoran telah dikejarkan ke hospital dengan tanda2 yg sama. Dia bagitau doktor yg dia baru balik bercuti dan pergi ke restoran hanya untuk mengambil cek gajinya. Dia tak makan atau minum apa2 sewaktu di restoran tetapi telah mengunakan tandas restoran tersebut.


Ketika itu pakar toksin telah diberitahu dan terus mengunjungi restoran ini - dia terus ke bilik air dan mengangkat tempat duduk tandas. Sedikit terselindung adalah seekor labah2. Binatang itu ditangkap dan dibawa ke makmal dan telah dikenal pasti sebagai labah2 'Telamnia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata), ia mempunyai badan yang merah dan mengeluarkan bisa yang paling toksik. Ianya hidup di tempat yang lembab dan gelap dan keliling tandas dan bekas air amat sesuai baginya.


Selang beberapa hari seorang peguam dari JB pula dimasukan ke hospital dengan tanda2 yg serupa. Sebelum kematiannya dia sempat memberitahu doktor yg dia baru kembali dari luar negara atas urusan
perniagaan. Dia kembali dari Indonesia, menukar penerbangan di Singapura sebelum pulang ke JB. Dia tak langsung melewati restoran yg dikenalpasti tetapi mempunyai lubang sengatan di bahagian punggung - yg serupa dgn mangsa2 yg terdahulu.


Penyiasatan rapi menunjukan yg penerbangan asal sebelum berlepas dari Indonesia datangnya dari India. Lembaga Aeronotik Awam mengarahkan penyiasatan menyeluruh terhadap semua penerbangan yg berlepas dari india dan telah menghasilkan keputusan bahawa labah2 'Telamonia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata) telah membuat sarang di 4 kapal terbang berasingan!!!


Sekarang dipercayai, labah2 tersebut berada di merata cerok negara kita...jadi apabila ke tandas - angkat tempat duduknya... dan periksa dulu..ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa kita...

khabarkan kepada rakan, taulan dan keluarga...sayangilah diri anda..... beringat sebelum terkena....


wallahualammmm...


p/s: so becareful when ur going to toilet!! :P


No comments: