Tuesday, March 29, 2005

HAPPY 19th NONIE

HAPPY 19th BIRTHDAY TO MY LOVELY SISTER NONIE!

Saturday, March 19, 2005

HITCH

Watch the movie HITCH! To those yang nak tackle wanita yang mereka cintai, sila sila la ambil TIPS from this movie k! he he he.. WORTH it!

Thursday, March 17, 2005

BZ

TOO BZ TO UPDATE! Banyak kerja la.. actually takde le byk sgt, but byk kena ubah tu ubah ni. Susah la kalau ade 2 boss campur tangan untuk buat decission. Sorang nak macam tu, sorang nak macam ni. Last2 orang yang nak menukarnye yang pening kepala! Bila dah tukar macam tu, boss 1 tak suka, bila dah tukar balik macam ni, boss 2 plak tak suka.. ha ha ha.. aku gak yang pening! Tapi nasib baik ade ehem tolong tolong kite.. hee.. :P sah aku kena belanje dia makan bila bila sebab dia pun tolong memeningkan sekali kepala dia ngan aku. Biasa la dah keje ni.. terasa rindu nak belajar pulak. Tapi bila dah belajar, rasa rindu nak pegang duit hasil titik peluh sendiri. Baru aku tahu betapa susah nye jadik media artist! Hmph! But i like this job! Penat pun penat lah!

Saturday, March 12, 2005

Another day out

Tgk movie ROBOT. Best giler. Pergi la tgk. Hee!
Had lunch at Daves.
Another day out.

Wednesday, March 09, 2005

FAFA the cat


Hello! My name is FAFA. Do i look cute? Hee.. He gave me this.. cute eh? Posted by Hello

Monday, March 07, 2005

i did it!

Sesuatu berlaku.
Sedih.
Tertinggal cincin.
Sedih.
Dia pulangkan cincin.
Sedih.
Dalam kereta ada bunga.
Sedih.
Berbual panjang.
Terharu.
Berada di alam lain.
Sinar.
Harapan tinggi.
Kekal.

p/s: ngantuk gile.. maaf. ;)

Sunday, March 06, 2005

goth name

I AM BEAUTIFULLY CHAOTIC

Message: Go to this site and get your name
www.deadname.com

Congrats to Idzwan and Suria.

Saturday, March 05, 2005

Lalalalalalala~~

Wednesday, March 02, 2005

my best friend's wedding!

Tak lama lagi, idzwan dah nak mendirikan masjid. Takde dah kawan baik aku sorang ni. Terasa kehilangan plak. ha ha ha ha.......

Tiba tiba rasa nak cerita macam mana aku leh kenal kawan baik aku sorang ni. Kalau tak silap aku la.. aku kenal idzwan ni sejak sekulah menengah lagi. Aku kenal dia masa tingkatan 3, masa tu kitorang satu kelas. Mula mula tu aku tak suka giler kat dier.. he he he.. tatau la nape.. tapi aku cukup menyampah nak tengok dia dalam kelas. Paling buat aku tak suka bila aku dapat tau plakk dia minat kat aku.. ha ha ha.. tapi aku buat dunno je arr.. ye la.. konon jual jual mahal.. haha.. dia pernah mintak couple ngan aku tapi aku tolak sebab dia guna cara "kotor" he he he.. takde laa.. dia suruh org tengah haa.. main pass pass plak.. tak suka btul aku cara macam tu.. org kata tak gentleman!.. :P TAPI! ada hikmah disebaliknye.. dalam tak suka, aku bleh ngam plak ngan dier.. mungkin sebab kitorang ni berbintang TAURUS, so rasa macam 'ngam' la jugak.. Lepas aje tingkatan 3, nak masuk tingkatan 4 tu, kenalah pilih jurusan ape nak masuk kan.. aku punyee lah nak lari dari idzwan ni sampai aku rahsia kan jurusan ape aku nak continue.. he he he.. sekali kitorang amik jurusan sama daaaa!!.. so terpaksa la sama kelas lagik dengan dier.. diteruskan ke tingkatan 5!.. dari situ la aku mula rapat dan rapat dan rapat ngan dier.. dari aku ade pakwe, dier ade makwe, aku putus pakwe, dier putus makwe.. kitorang still kawan gak! Aku bangga ade kawan macam dier.. walaupun otak gile gile.. tapi ade satu waktu, dier menjadi pendengar paling setia. Ok sambung citer... lepas ajer habis tingkatan 5, dapat keputusan SPM yg memuaskan..kitorang membawa diri masing2. Dier teruskan pengajian di MMU dan aku ke UNITEN. Pada mula nyee... aku ingatkan sampai situ aje ler persahabatan kitorang.. tapi TIDAK!.. he he he.. kitorang masih keep in touch walaupun sibuk dengan assignment semua.. Selalunye dier la contact aku sebab aku ni malas bebenor nak contact orang. ha ha! Nasib baik idzwan ni memahami dengan perangai buruk aku yg satu tu.. heee... Persahabatan kitorang masih kekal sampai ler sekarang.. dari suka duka semua aku kongsi ngan dier.. aku nangis pun dier dengar ajee.. aku nak gi spy orang pun mintak tolong dier.. pendek kata, kalau aku perlukan dier, dier ade punye lah masa nak tolong... kalau dier tak dpt nak tolong, dier ckp le tak dpt nak tolong kan.. he he.. TUP TUP ahad ni dier nak nikah dah.. sedih le jugak sbb lepas ni takleh dah aku nak ngadu ngadu lagik, nak nangis2 depan dier lagik, nak kongsi masalah lagik.. ye laa dah jadik suami org.. mana bole wooo.. walaupon aku kenal gak ngan bakal bini dier tu.. tapi paham paham le kan.. heh.. but i'm HAPPY for him.. semoga perkahwinan dier kekal ke anak cucu.. dan aku nak dier bahagia selalu. Nampaknye lepas ni nak ngadu, aku ngadu kat FIFI kucing aku je le.. :P

sedar tak sedar.. dah hampir 9 thn aku kenal idzwan! kawan dunia n akhirat.