Monday, June 28, 2004

I WON 2 TICKETS AGAIN!

surprise surprise! i won 2 tickets to AF concert again!. hehehe. :P

Sunday, June 27, 2004

SELAMAT TINGGAL EDLIN!


Edlin orang pertama yang tersingkir! Memang mengejutkan kerana nyanyiannya agak baik pada malam tersebut. Terus terang saya katakan saya lebih suka lagu 'kau dan aku' version Edlin berbanding Ning Baizura. Good Luck to Edlin. Posted by Hello

KONSERT KETIGA AF


Konsert ketiga AF. Sungguh menakjubkan! Sungguh berbeza apabila berada di dalam dewan jika dibandingkan dengan menonton di hadapan televisyen. Memang mengagumkan! Fitri, Fitri, Fitri.. walaupun saya memang meminati beliau namun, saya sudah tidak menaruh harapan yang tinggi lagi terhadap beliau. Biarlah sekadar menjadi penonton yang pasif. Menonton, berhibur dan mendengar sahaja. Tiada Afundi untuk beliau pada malam konsert tersebut. Saya juga pasti ramai fanatik Fitri akan terus meng-afundi beliau. Persembahan yang sederhana dan boleh dikatakan persembahan yang 'biasa' sahaja. Vokalnya bagi saya ada kelainan sedikit berbanding minggu-minggu yang lepas. Mungkin juga kesan bunyi 'live' di dewan agak berbeza di tv. Bunyinya macam semua lagu pun sedap didengar. he he he. saya jangkakan Fitri yang akan tersingkir pada minggu ini. Nasib menyebelahi Fitri agaknya. Para pengkritik juga memberikan komen yang biasa-biasa aja. Macam Zamani? saya tidak nampak pun imej Zamani pada Fitri. Mungkin kerana dia telah me-rebonding-kan rambutnya pada malam tersebut. Memang tampak lain muka Fitri. Sungguh ayu. :P hehe. Semoga Fitri akan terus meningkatkan lagi pengawalan vokal beliau. Namun, pada malam tersebut saya cukup terpegun sekali dengan persembahan Zarina. Lagu my immortal yang sememangnya lagu kegemaran saya telah disampaikan dengan begitu baik sekali daripada zarina. Nasib baik saya mampu mengawal emosi saya ketika di dewan. hehe. Pengawalan vokal Zarina cukup mempesonakan setiap penonton di dewan. Saya cukup berharap Zarina akan terus di akademi hingga ke final. Saya ada mengambil sedikit gambar ketika di dewan. Itupun di akhir konsert sebab ketika konsert dijalankan kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Jadi, blur la sikit sebab nak cepat.. isk isk.. gamba boleh dilihat di http://nieza81.fotopages.com  Posted by Hello

Friday, June 25, 2004

I WON 2 TICKETS!

I'm so xcited!! i won 2 tickets to AF concert tomorrow night! yeay yeay yea!! LIVE bebeh!! menang kat radio ERA! :)

Tuesday, June 22, 2004

KONSERT KEDUA AF


Konsert kedua AF. Fitri menyampaikan lagu Kasih Latifah yang dipopularkan oleh kumpulan Spider. Secara umumnya nyanyian Fitri agak hambar. Namun prestasinya boleh dikatakan lebih baik dari minggu lepas. Di akhir persembahannya dia agak termengah-mengah. Mungkin kerana terlalu fokus kepada tarian rock 'n' roll dan head banging nya. Kudsia suruh Fitri belajar cara head banging yang betul? Apa punya komen la tu? Jika difikirkan balik, Kudsia tak patut jadi pengkritik. Apa kelebihan dia untuk jadi pengkritik? Dia bukan komposer. Dia bukan penyanyi dan dia bukannya guru muzik atau guru vokal? Harap tahun depan Kudsia tidak lagi menjadi pengkritik tetap. Jangan hanya kerana Kudsia orang besar radio ERA maka pihak ASTRO terpaksa mengambil beliau sebagai pengkritik tetap. Lagipun rata-rata peminat AF dah muak dengan komen-komen dari Kudsia yang tidak membina langsung. Berbalik kepada Fitri, minggu ke-2 semua pelajar masih selamat kerana minggu ke-2 masih lagi tiada penyingkiran berlaku. Minggu ke-3 mereka diberi tugasan baru. Fitri mendapat lagu 'Ku Petik Bintang-Bintang' yang dipopularkan oleh Kenny, Remy & Martin. Terlihat wajah yang blur di raut wajah Fitri apabila mendapat tugasan baru. Saya sendiri tidak pernah dengar lagu tersebut. Boleh ke Fitri bawa lagu tersebut dengan baik? Lagu ini berentak perlahan... jangan terjadi macam lagu Jerat pada konsert pertama sudah lah.. Walaupun ditakdirkan Fitri terkeluar pada minggu ke-3, beliau tetap laku juga. Jom la reramai kita serbu butik dia di Maju Junction - Zar Jentayu. hehehe. Rezeki dia mungkin melimpah ruah selepas ini. AFUNDI FITRI. Posted by Hello

Monday, June 14, 2004

KONSERT PERTAMA AF


Konsert pertama AF. Secara keseluruhannya OK dan agak menghiburkan. Tapi hampa sedikit bila tiba giliran Fitri. Mungkin saya terlalu menaruh harapan yang cukup tinggi padanya agar memberikan satu persembahan yang terbaik. Saya suka padanya kerana personalitinya yang bersahaja dan tidak terlalu beremosi. Tidak dinafikan wajahnya yang kacak dapat memancing penonton untuk terus melekat depan tv! he hehe.. Namun begitu, lagu JERAT yang disampaikan pada Sabtu lepas cukup menghampakan! Tak tahu la kenapa, mungkin Fitri gemuruh kerana memang nampak diriak wajahnya yang sedikit gementar. Mungkin juga Fitri tidak dapat menghayati lagu tersebut dengan baik atau mungkin dia tidak berbakat?? Masih terlalu awal lagi untuk menilai seseorang dengan hanya menonton satu konsert. Namun bagi saya, AF adalah satu akademi untuk mengasah bakat seseorang yang ada suara tapi masih perlu terus diperbaiki. Kalau dah berbakat, tak perlu la masuk AF. Lebih baik terus hasilkan album! Itu hanya pandangan peribadi saya. Bukan nak backing sesiapa OK. Lagu baru dari Fitri untuk minggu ini, Kasih Latifah nyanyian SPIDER. Agak mencabar sebab lagu ini agak pantas dan ada unsur rock. Saya dapat rasakan Fitri akan menghampakan saya lagi pada minggu ini. Walaubagaimanapun saya tetap akan menyokong Fitri!! AFUNDI FITRI!! Posted by Hello

Monday, June 07, 2004

DEMAM AKADEMI FANTASIA BERMULA!


AFUNDI FITRI!!!!!!!! hehehe.. Hensem tak? Bole cair nih! :P

Nama Penuh : Mohd Fitri Zainal Abidin

Tarikh Lahir : 25 Ogos 1979

Zodiak : Virgo

Tinggi/Berat : 172cm/52kg

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Hobi : Melukis dan mendengar muzik

Makanan/Minuman kegemaran : Makanan India atau Jepun/Ice Peach Tea

Penyanyi Kegemaran : Kelly Minogue/Marcell

Pelakon Kegemaran : Rosyam Nor/Nasya Aziz

Lagu Kegemaran : First Love (Utada Hikaru)

Ciri-ciri wanita impian : Tidak mementingkan paras rupa, peramah, mempunyai personaliti, kurus, tak terlalu tinggi, feminin, berkulit hitam manis dan suka senyum. (aku menepati ciri2 yg dicari! HAHAHA :))

Ringkasan diri : Seorang yang suka mengusik dan bergurau, serta mencuba sesuatu yang baru. Sayang pada binatang tetapi agak cerewet. Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Mempunyai bakat dalam mereka pakaian, sehingga terpilih mewakili Malaysia ke Milan, Itali untuk kursus rekaan fesyen 2001. Walaupun nampak macho, beliau adalah peminat siri kartun anime Crayon Shin Chan.

Posted by Hello

Saturday, June 05, 2004

bersedih lagi

JANJI TINGGAL JANJI.
KALAU TAK PANDAI BERJANJI, JANGAN BERJANJI.
SEKIAN.

Friday, June 04, 2004

Harry Potter and The prisoner of Azkaban


I've watched it, seen it, amazed by it! So you guys should go and see it by yourself! :) Watched it yesterday at midvalley megamall. AWESOME!
Posted by Hello